PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN
NEGERI PERAK
(Kemaskini 30/03/2016) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
Select Language :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


Bookmark and Share
Mewujudkan suasana seperti rumah dengan mengikuti jadual aktiviti harian     
yang selesa.

Mengamalkan sistem undian dikalangan anak-anak ini bagi mengetahui          
apa yang diperlukan dan yang disukai atau yang tidak disukai serta                      
berbincang bagi mendapat kata sepakat.

Mengamalkan konsep berbincang atas segala permasalahan yang                    
ditimbulkan atau masalah displin oleh mereka dan akan mendenda                     
sekiranya perlu atau melakukan kesalahan berulang.

Memberi kelonggaran berhubung dengan masyarakat luar bagi tujuan tidak     
menyisihkan mereka.

Memberi peluang mencuburkan diri dalam aktiviti luar asrama seperti                
di sekolah atau yang dikendalikan oleh badan kerajaan atau bukan                       
kerajaan.

Mengadakan aktiviti bersama seperti gotong royong, permainan dan                  
sebagainya.


DASAR PENDIDIKAN

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang telah mencapai umur 7 tahun          
akan dihantar ke sekolah bantuan penuh kerajaan.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan menghadiri kelas Fardu ain dan       
Al-Quran yang diadakan di Asrama Nurul Iman dengan kekerapan lima hari        
seminggu dan dua jam sehari oleh ustazah yang berpengalaman.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang bersekolah rendah akan                    
dihantar ke pusat Smart Reader ( Pusat Bimbingan Visi Cemerlang, Jalan           
Kuala Kangsar, Ipoh, Perak ) pada sebelah petang.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman yang bersekolah menengah yang             
akan menghadapi peperiksaan penting akan dihantar ke pusat
tuisyen                
pada sebelah petang ( Pusat Tuisyen Utama, Silibin, Ipoh, Perak).

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan menghadiri kursus atau kem            
motivasi dengan kekerapan 2 kali setahun.

Bagi lepasan SPM pula akan dihantar ke pusat-pusat pendidikan atau               
kemahiran mengikut kelayakan masing-masing.


DASAR KESIHATAN

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan di hantar ke klinik milik kerajaan       
atau hospital milik kerajaan apabila sakit atau kesihatan kurang                            
memuaskan.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diperiksa pada setiap bulan bagi     
mengesan jangkitan atau penyakit kulit seperti kurap, kudis buta, panau            
dan sebagainya.

Semua Puteri Nurul Iman akan diberi ubat kutu pada setiap bulan sekiranya      
ada mengalami gejala tersebut.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman akan diberi ubat cacing pada setiap         
enam bulan sekali.

Semua cadar dan tuala akan dipastikan dibasuh pada setiap minggu bagi       
mengelak jangkitan penyakit kulit.

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan pemotong kuku dan                 
dipastikan memotong kuku pada setiap minggu ( pengasuh akan memotong   
kuku bagi yang berumur bawah sembilan tahun ).

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan sabun
mandian sabun basuh secukupnya bagi tujuan mandian dan membasuh
pakaian ( bagi memastikan pakaian bersih mesin basuh telah disediakan
dan pengasuh akan membantu membasuh pakaian bagi Putera dan Puteri
yang  berumur 9 tahun ke bawah ).

Semua Putera dan Puteri Nurul Iman dipastikan dan dibekalkan ubat gigi           
serta berus gigi (pihak pengurusan amat jarang menghantar mereka bagi         
mendapatkan rawatan gigi kerana pihak kerajaan telah menyediakan                  
rawatan tersebut secara berjadual di sekolah).

Putera dan Puteri Nurul Iman dibekalkan putik kapas dan dipastikan                   
membersihkan dalaman telinga ( pengasuh akan membersihkan dalaman        
telinga bagi Putera dan Puteri yang berumur di bawah 9 tahun).

Diet

Rumah Nurul Iman akan memastikan Putera dan Puteri Nurul Iman mendapat
khasiat pemakanan yang secukupnya bagi menjamin kesihatan dan
kecerdasan mereka. Dietnya adalah seperti berikut :

* Ayam Dua kali seminggu
* Daging Dua Kali seminggu
* Ikan Sembilan Kali seminggu
* Udang/sotong/kerang dengan telor dadar sekali seminggu
* Sayur pada setiap kali makan utama
* Buah pada setiap kali makan utama
* Dua kali minuman bersusu setiap hari

pendidikan kepada kanak-kanak yang tidak  bernasib  baik  mendapat  
pembelaan yang sewajarnya.
Bantu Kami
Kami Memerlukan Bantuan Anda
DERMA SEKARANG