PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN
NEGERI PERAK
(Kemaskini 30/03/2016) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
Select Language :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
P
entadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


PENUBUHAN

Rumah  Nurul  Iman  telah ditubuhkan pada penghujung tahun
2000 dengan nama asal Yayasan Nurul Iman.

Sejarah Penubuhan

Rumah Nurul Iman diasaskan oleh Encik Khairul Anuar Bin Mohmad Razi.
Ditubuhkan dengan harapan dapat membantu kanak-kanak yang kurang
bernasib baik seperti anak yatim, miskin, terabai dan teraniaya, dengan
memberi tempat tinggal dan peluang mendapatkan pendidikan yang
sempurna.

Pada peringkat awal penubuhannya Rumah Nurul Iman ini dikendalikan oleh
suatu jawatan kuasa . Jawatankuasa ini telah melantik En. Khairul Anuar Bin
Mohmad Razi sebagai Pengurus/Penyelia asrama tersebut. Beliau adalah
orang yang bertanggungjawab dalam semua urusan pengendalian asrama
tersebut kecuali dalam hal-hal yang berkaitan aset dan kewangan.

Atas sebab-sebab tertentu pada tahun 2004 operasi telah berpindah  ke
Jalan Intan, Kampung Dato Ahmad Said.

Pada penghujung tahun 2005 sekali lagi anak-anak ini dibawa berpindah,
kali ini atas sebab kegagalan Yayasan Nurul Iman membiaya kos operasi
asrama dan permasalahan dengan tuan rumah yang disewa. Akibat terlalu
kerap menghadapi masalah, maka En. Khairul Anuar telah tekad mengambil
alih sepenuhnya operasi Asrama Nurul Iman dari Yayasan Nurul Iman serta
Jawatankuasanya.

Penempatan baru ini terletak di Plot 359, Lorong Dato, Manjoi, Ipoh , Perak.
Penempatan hanya mempunyai rumah sewa dua pintu yang disewa dengan
kadar RM 200.00 sebulan. Dengan pendapatan peribadi yang tidak seberapa,
En. Khairul Anuar telah berusaha keras untuk mengoperasikan penempatan
tersebut dengan bantuan penduduk sekitar serta Adun Manjoi iaitu YB Dato'
Haji Nazri.

Setelah besusah payah berusaha untuk membela anak-anak yatim dan
miskin ini secara bersendirian termasuk memasak dan segalanya maka pada
9hb Oktober 2006 En. Khairul Anuar telah mendaftarkan dengan rasminya
Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman yang dimiliki secara
tunggal. Pada 12hb Oktober pula En. Khairul Anuar telah membuat akuan
bersumpah bagi mengesahkan Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin
Nurul Iman menjalankan aktiviti secara percuma.

Bagi memperluaskan pembelaan anak-anak yatim dan miskin, Pada bulan Jun
2010 En. Khairul Anuar telah membuka sebuah lagi Pusat Jagaan (Cawangan) di
Kampung Pinang, Kamunting, Taiping yang menempatkan kanak-kanak lelaki
sahaja tetapi telah ditutup operasi pada 1hb Semtember 2016 kerana tidak
mendapat sokongan.


Dan pada 30 Jun 2011 PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
ditubuhkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan. Penubuhan ini
adalah bagi melancarkan pentadbiran serta memenuhi syarat Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
Bookmark and Share
Bantu Kami
Kami Memerlukan Bantuan Anda
DERMA SEKARANG