PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN
NEGERI PERAK
(Kemaskini 30/03/2016) KAMI AMAT MEMERLUKAN BANTUAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI PUSAT JAGAAN, Untuk maklumat sila hubungi 0165460071
Select Language :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH NURUL IMAN NEGERI PERAK
Pentadbir
PUSAT JAGAAN ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN
Email : admin@nuruliman.org.my
Visitor Online


TENTANG KAMI

Pertubuhan    Kebajikan     Kasih    Nurul    Iman   Negeri   Perak    ( Reg. No.
3092-11-PRK)   atau  Rumah   Nurul   Iman adalah    sebuah   badan   bukan   
kerajaan   ( NGO )   yang  mengedalikan  Pusat   Jagaan  Anak  Anak  Yatim  
dan Miskin Nurul Iman  ( No.Pend. JKM A/P JB KK 089/2011).

Pertubuhan   Kebajikan   Kasih   Nurul   Iman   Negeri   Perak   dengan   aktif
menjalankan  aktiviti  memberi  perlindungan,  pengasuhan  dan pendidikan
kepada anak anak yatim dan miskin secara percuma.

Pertubuhan   Kebajikan  Kasih  Nurul  Iman  Negeri  Perak  ditadbir oleh satu
jemaah  jawatankuasa  yang berkuasa  menentukan  perjalanan pertubuhan
dan  urus  tadbir dan hal ehwal  kewangan  Pusat  Jagaan  Anak  Anak  Yatim
Dan  Miskin  Nurul  Iman  .

Bagi memastikan perjalanan kerja sosial Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul
Iman  Negeri  Perak  mencapai  matlamat,  segala  urusan  kerja sosial akan
dijalankan  mengikut  dasar  yang  telah  ditetapkan  dan  kehendak  undang-
undang Kerajaan Malaysia.

Rumah Nurul Iman sedia membantu  kanak-kanak yatim , miskin dan terabai
dari segi memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan.

Rumah  Nurul  Iman akan  membantu  semua kanak-kanak yatim dan miskin
yang  layak  tidak   mengira   latarbelakang   bangsa,  pendidikan  atau
displin kanak-kanak tersebut  sebelum anak-anak berkenaan diambil.

Rumah  Nurul  Iman  hanya  akan menerima anak-anak yang berumur bawah
12 tahun  kecuali  keluarga  berkenaan  mempunyai  abang  atau  kakak  
yang  berumur   lebih  12  tahun   tetapi  masih   dibawah   18 tahun,   maka   
semua mereka akan diterima masuk.

Rumah  Nurul  Iman  akan  memastikan  setiap  kanak-kanak  yang berada di
bawah  jagaan  mendapat  kasih  sayang  dan  pemerhatian yang sewajarnya
bagi memastikan kanak-kanak tersebut sentiasa merasakan diberi perhatian
dan disayangi.

Rumah Nurul Iman  menegah  dan  tidak  mengamalkan  kutipan  derma apa
juga  kegiatan  yang  berbentuk  kutipan derma atau penjualan barangan
melibatkan kanak-kanak yang berada di bawah Pusat Jagaan.

Rumah  Nurul  Iman   akan  memberi   pendidikan  akademik  dan pendidikan
agama  yang  sebaiknya  sehingga  mendapat  sekurang-kurangnya  diploma
dan akan memantau anak-anak ini sehingga berumur 21 tahun.
Bookmark and Share
Bantu Kami
Kami Memerlukan Bantuan Anda
DERMA SEKARANG